Dewan

Dewan K3

Tersedia
Jalan Bukit Keteri, Bukit Keteri,
Dewan K3

Kemudahan Disediakan

  • Penghawa dingin
  • Tandas
  • Surau

Panduan Penggunaan

  • 1Sebarang PERUBAHAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN perlu dimaklumkan selewat-lewatnya 3 HARI BEKERJA sebelum tarikh yang dipohon. Bayaran tidak akan dikembalikan jika melebihi tarikh tersebut
  • 2Sebarang tempahan perlu disertakan dengan surat / memo panggilan. (Jika berkenaan)

Polisi Tempahan

Termasuk syarat pembayaran, pembatalan dan penggunaan. Anda perlu bersetuju dengan polisi ini semasa membuat tempahan.

Lihat polisi

POLISI TEMPAHAN DEWAN BUKIT KETERI (K3)

A. PERMOHONAN

1.Penggunaan dewan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak operator iaitu Pengurusan UTC Perlis
2.Permohonan untuk menempah dan menggunakan Dewan K3 hendaklah dibuat di kaunter Bahagian Pentadbiran UTC Perlis dengan menggunakan Borang Tempahan Dewan yang disediakan atau secara atas talian (online)
3.Kelulusan dan penarikan balik kelulusan penggunaan Dewan K3 adalah tertakluk kepada HAK DAN KUASA MUTLAK Pengurusan Dewan K3
4.Sekiranya Dewan K3 perlu digunakan oleh pihak kerajaan @ Istana, Penyewa hanya boleh menuntut deposit(cagaran) tanpa melibatkan sebarang ganti rugi
5.Tarikh permohonan tempahan Dewan K3 hanya boleh diubah sekali sahaja (Tertakluk kepada kekosongan penggunaan dewan)

B. BAYARAN

1.Bayaran sewaan dan cagaran penggunaan dewan K3 hendaklah dijelaskan dalam tempoh TUJUH (7) HARI daripada tarikh permohonan diluluskan. Sekiranya tiada cagaran penggunaan Dewan K3 dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, Pengurusan Dewan K3 berhak membatalkan kelulusan menggunakan dewan K3 tersebut setelah tamat tempoh yang diberikan.
2.Bayaran sewaan dan deposit (cagaran) tidak akan dikembalikan sekiranya penyewa gagal untuk menggunakan Dewan K3 pada tarikh tempahan atas faktor yang berpunca dari kecuaian penyewa sendiri.

C. TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN

1.Penyewa hendaklah mengemukakan resit bayaran sewaan dan cagaran penggunaan Dewan k3 kepada Operator Dewan yang dilantik sebagai bukti tempahan Dewan K3 telah diluluskan
2.Penyewa hendaklah memaklumkan kepada Pengurusan Dewan K3 tentang hasrat untuk membatalkan tempahan dan penggunaan Dewan K3 setelah diluluskan tertakluk kepada:-
TEMPOH PEMAKLUMAN PEMBATALAN TEMPAHANBAYARAN BALIK WANG CAGARAN & SEWAAN
Melebihi 6 bulan Sebelum tarikh tempahan/majlisDikembalikan penuh kepada pemohon
Kurang 6 Bulan sebelum tarikh tempahanPotongan 50% daripada bayaran deposit oleh pemohon.
1 Bulan sebelum tarikh tempahan/ majlisTidak dikembalikan dikira sebagai 'bayaran hangus' (forfeited).
3.Penyewa hendaklah memastikan TIADA MAKANAN ATAU MINUMAN MEMABUKKAN DAN TIDAK HALAL dihidangkan atau dibawa masuk ke dalam dewan K3 sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan K3
4.Penyewa hendaklah mengosongkan dewan K3 termasuk mengalihkan semua perkakas atau peralatan yang terdapat dalam kawasan dewan K3 dengan kadar segera selepas tamat tempoh penggunaan dewan K3 iaitu sebelum jam 7.00 malam. Sekiranya penyewa gagal berbuat demikian, Pihak Pengurusan K3 berhak mengalihkan perkakasan atau peralatan yang masih terdapat dalam kawasan dewan K3 dan Pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan perkakasan atau peralatan yang ditanggung oleh penyewa dan Pengurusan Dewan berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
5.Penyewa hendaklah menjaga kebersihan sebaiknya dan menggunakan apa-apa kemudahan aset yang disediakan di Dewan K3 dengan cermat. Jika terdapat kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa, kos gantirugi bagi pembaikan perlu ditanggung oleh penyewa @ ditolak daripada wang cagaran.
6.Pengurusan Dewan K3 tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan, kemalangan dan kehilangan barangan yang berlaku ke atas penyewa atau mana-mana individu sebelum, semasa dan selepas penggunaan Dewan K3.
7.Pengurusan Dewan K3 tidak menyediakan sebarang peralatan seperti kerusi, meja dan sistem audio
8.Pengurusan Dewan K3 tidak bertanggungjawab ke atas segala risiko kegagalan pembekalan kuasa elektrik atau air dan perkara-perkara lain yang di luar jangkaan sekiranya penyewa tidak mematuhi arahan pihak Teknikal Dewan K3 sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan K3.
9.Sebarang tambahan tempoh masa penggunaan dewan dan/atau ubahsuaian yang melibatkan pendawaian elektrik dan/ atau bekalan air melibatkan dewan K3 adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI
10.Didalam kes-kes tertentu, Pihak Pengurusan Dewan K3 boleh mempertimbangkan pemulangan semula bayaran sewaan dan/ atau cagaran dengan kelulusan Pengurus Besar PKENPS didalam mesyuarat pengurusan Hasil PKENPs.
11.Wang Deposit (wang cagaran) dituntut dalam tempoh 1 Bulan dari tarikh penggunaan Dewan. Kegagalan penyewa menuntut cagaran boleh menyebabkan cagaran tersebut dilupuskan oleh Pihak Pengurusan Dewan TANPA PREJUDIS.
12.Sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana polisi atau syarat tempahan dan penggunaan Dewan K3, Pengurusan Dewan berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
13.Penyewa sentiasa menanggung rugi, melepaskan dan mengecualikan Pihak Pengurusan Dewan daripada sebarang liabiliti, tindakan, prosiding, perintah, faedah, kos dan/ atau apa-apa tuntutan kerugian yang boleh dibuat atau dikenakan oleh mana-mana individu akibat daripada penggunaan dewan K3 oleh penyewa.

Kadar Sewaan

Sila pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda

Separuh HariRM 1000
Satu HariRM 1603.77

Pakej Tersedia

Pakej Separuh HariRM 1060
08:00 - 19:00
Pakej Satu HariRM 1700
20:00 (malam sebelumnya) - 19:00

Buat tempahan secara dalam talian dengan mudah dan pantas

Perlukan Bantuan?

Hubungi Pihak Pengurusan UTC Perlis untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai fasiliti ini.

Talian Khidmat Pelanggan